Anggota trafik kawal lalu lintas cedera dilanggar kereta

Afiezy Azaman
Mei 29, 2020 11:46 MYT
Seorang anggota trafik mengalami kecederaan pada muka akibat dilanggar kereta yang terbabas.
Seorang anggota trafik yang sedang mengawal lalu lintas akibat kemalangan cedera dilanggar sebuah kereta yang terbabas di Jalan Kuching menghala ke Selayang di ibu negara.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kejadian itu berlaku pada pagi Jumaat.
"Berdasarkan maklumat awal, anggota trafik berkenaan sedang berdiri di atas pembahagi jalan untuk mengawal lalu lintas kerana terdapat satu kemalangan lain di situ.
"Secara tiba-tiba sebuah kereta terbabas dan melanggar anggota itu menyebabkannya jatuh dan cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Zulkefly berkata akibat kejadian itu anggota berkenaan mengalami kecederaan di bahagian muka dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
#anggota trafik #Hospital #kawalan #kecederaan #Kuala Lumpur #rawatan #Zulkefly Yahya
;