Anggota tentera ditemui lemas di Sungai Leleh

Astro Awani
Mei 30, 2023 07:00 MYT
Anggota bomba melakukan pencarian di kawasan kejadian di Sungai Air Leleh, Bukit Ibam. - Foto BBP Muadzam Shah
MUADZAM SHAH: Seorang anggota tentera berusia 28 tahun dikhuairi lemas ketika mandi di Sungai Leleh, Bukit Ibam, dekat sini ditemui pada jam 6.55 petang, pada Selasa.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Roduan Sudin melaporkan, anggota tentera itu, Mohd Sabrie Mohd Shah, dipercayai terjatuh ketika mandi di situ pada jam 3.17 petang.
Katanya, mangsa bertugas di Cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
“Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dan BBP Pekan telah bergegas ke kawasan kejadian.
“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuantan turut dipanggil untuk memberi bantuan pencarian mangsa,” katanya.
Katanya, anggota bomba penyelamat di air Pekan dan Bomba telah membuat pencarian dengan teknik pencarian di permukaan air (surface searching}.
“Mangsa ditemui di dasar sungai oleh anggota bomba yang melakukan penyelaman pertama pada jam 6.38 petang dan mangsa ditemui pada jam 6.55 petang,” katanya.
#anggota lemas #Sungai Leleh #dasar sungai #pencarian
;