Anggota tentera direman bantu siasatan kes tembak

Muhafandi Muhamad
Januari 10, 2016 08:34 MYT
Salah seorang suspek yang direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula Sabtu. - Foto Astro AWANI
Dua anggota tentera termasuk seorang pemandu van direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipercayai penyeludup maut terkena tembakan di Kampung Banggol Ubi Keling, Rantau Panjang.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nurul Huda Akmal Mohamed mengeluarkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula Sabtu.
Mangsa dikatakan baru tiga hari terjebak dalam aktiviti penyeludupan, maut selepas terkena tembakan senjata Colt M-4 Carbine setelah van dinaikinya dikatakan tidak berhenti di sekatan pos tentera.
Anggota tentera yang bertugas di pos berkenaan melepaskan tembakan berkenaan ke arah van terbabit.
Tembakan dipercayai terkena mangsa yang duduk di bahagian depan kenderaan sehingga menyebabkan dia maut.
#nurul huda akmal mohamed #senjata #tentera
;