Anggota polis maut ditembak di Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Ogos 19, 2017 11:56 MYT
Mayat Abu Hashim (gambar) dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat. - Gambar fail
Seorang anggota polis berpangkat sub inspektor maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, dekat Napoh, Changlun, Kedah jam 11 malam tadi.
Mangsa, Abu Hashim Ismail, 54, dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, maut akibat terkena sekurang-kurangnya tujuh das tembakan pada badan.
Sehingga kini butiran lanjut mengenai kejadian itu belum diketahui.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
Satu sidang media mengenai kejadian ini dijadual diadakan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.
#Abu Hashim Ismail #Bukit Aman #Changlun #ditembak #polis #sub inspektor #Taman Sri Hosba
;