Anggota polis kritikal dipercayai minum cuka getah
Bernama
April 3, 2014 19:01 MYT
April 3, 2014 19:01 MYT
Seorang anggota polis dimasukkan ke hospital di sini selepas dipercayai meminum cuka getah di rumah sewanya di Balik Pulau awal hari ini.
Anggota polis lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui dalam keadaan kritikal oleh rakan serumahnya pada kira-kira 1 pagi.
Jurucakap polis berkata lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau sebelum dipindah ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
"Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita hari ni.
Beliau berkata difahamkan anggota polis itu bertindak demikian berikutan masalah keluarga.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah, ketika ditanya berkaitan perkara itu, mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut.