Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Umavathi Ramayah
November 24, 2020 10:28 MYT
Mangsa Koperal Baharuddin Ramli sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari yang mengalami kecederaan parah. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, terbunuh akibat ditembak, awal pagi Selasa.
Ketika kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi, mangsa Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.
Difahamkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk proses bedah siasat sementara mangsa yang cedera pula sedang menerima rawatan di hospital yang sama dengan keadaannya dilaporkan kritikal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian dan memaklumkan beliau kini dalam perjalanan ke Perlis.
"Saya dalam perjalanan ke Perlis menaiki helikopter polis," katanya ringkas.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Satu sidang media berhubung kejadian dijangka diadakan di Perlis sebentar lagi.
Sementara itu, sumber PGA memaklumkan kejadian mungkin ada kaitan dengan tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah yang menyukarkan pergerakan kumpulan penyeludup.
BACA: Berang kawalan sempadan diperketat, sindiket penyeludupan lepas tembakan
BACA: Anggota PGA nyaris maut diseret kenderaan penyeludup
BACA: PGA tumpas kegiatan penyeludupan ketum di sempadan
BACA: KDN bakal guna pendekatan pos kawalan PGA bergerak di sempadan - Hamzah
BACA: ATM bersama PGA pasang kawat duri di sempadan elak bolos
BACA: PGA rampas ketum yang cuba diseludup ke negara jiran
BACA: PGA rampas daun ketum, ubat batuk, sebelum diseludup seberang sempadan
BACA: PGA rampas lebih 1.8 tan ketum bernilai RM52,000
Kumpulan itu difahamkan pernah melepaskan tembakan menggunakan senjata buatan sendiri sebagai amaran kepada anggota PGA yang melakukan rondaan di Bukit Kayu Hitam.
Kementerian Dalam Negeri dalam pada itu mengarahkan PDRM melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti penjenayah yang menyerang dua anggota PGA terbabit.
#anggota PGA ditembak #Pasukan Gerakan Am #sempadan Malaysia-Thailand #Ketua Polis Negara #Abdul Hamid Bador #pos sempadan #Kawalan sempadan #kumpulan penyeludup
;