Anggota penguat kuasa ditahan SPRM Sabah terima suapan RM1,500

Ruzaini Zulkepli
Mac 18, 2021 18:18 MYT
Suspek yang bertugas di Kota Kinabalu itu ditahan kira-kira pukul 7.30 petang Rabu lalu, di Sepangar, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,500.
Lelaki berusia 28 tahun tersebut dipercayai menerima sogokan berkenaan daripada seorang individu yang telah melakukan kesalahan maritim.
Suspek yang bertugas di Kota Kinabalu itu ditahan kira-kira pukul 7.30 petang Rabu lalu, di Sepangar, Kota Kinabalu.
Menurut sumber, wang tersebut ialah sebagai sogokan agar suspek tidak mengambil tindakan terhadap individu terbabit yang menggunakan lesen kapal kecil tamat tempoh.
Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Katanya, suspek ditahan selama tempoh 24 jam untuk diambil keterangan dan telah dilepaskan dengan jaminan SPRM hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
#anggota penguat kuasa ditahan #SPRM #sprm sabah #Sepanggar #Kota Kinabalu #Pengarah SPRM Sabah #S Karunanithy
;