Anggota JPJ maut motosikal berlanggar lori

Bernama
April 3, 2016 13:43 MYT
Mangsa meninggal di lokasi dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah untuk dibedah siasat. - Gambar fail
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 97, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mangsa dikenali sebagai Ahmad Hamdan Mohd Hadzil, 43, yang bertugas di Bahagian Pemeriksaan Kenderaan cawangan JPJ Alor Setar.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan dari arah Alor Setar menghala Sungai Petani melanggar bahagian belakang lori milik Propel yang sedang bergerak di laluan kecemasan untuk mengutip kon setelah selesai kerja-kerja penyelenggaraan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mangsa meninggal di lokasi dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat.
#ahmad hamdan #JPJ #kemalangan #Lebuhraya Utara Selatan #Md Zukir Md Isa #motosikal