Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal ketika sekatan

Sinar Harian
September 17, 2023 09:10 MYT
Seorang penunggang motosikal disyaki cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya. Seorang anggota penguat kuasa JPJ cedera dirempuh oleh seorang penunggang motosikal. - Foto ihsan pembaca
PORT DICKSON: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya di sini.
Video tular berdurasi lima saat itu memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan terhantuk di kepala selepas dilanggar penunggang motosikal yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.


Turut tular satu video berdurasi 20 saat memaparkan anggota itu dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh rakan sepasukan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sinar Harian difahamkan JPJ akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berkaitan insiden itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#penguat kuasa JPJ cedera #dilanggar penunggang motosikal #Sekatan Jalan Raya #Port Dickson