Anggota FRU perketat kawalan di Kuil Sri Maha Mariamman

Hilmi Malik
November 27, 2018 18:44 MYT
Sebanyak enam kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) membawa lebih 100 anggota di tempatkan di perkarangan Kuil Seri Maha Mariammam di USJ25, Subang Jaya, Seafield sejak jam 5 petang tadi. - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik
Sebanyak enam kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dengan membawa kekuatan lebih 1,000 anggota di tempatkan di perkarangan Kuil Sri Maha Mariammam di USJ25, Subang Jaya, Seafield sejak jam 5 petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Isnin, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil sebelum tercetus pergaduhan antara dua kumpulan.
Sebanyak lima lagi kenderaan dibakar ekoran kekecohan awal pagi Selasa menjadikan kesemuanya 23 kenderaan terlibat sejak semalam.
Setakat ini, pihak polis telah menahan 21 individu bagi membantu siasatan.
Difahamkan kekecohan tercetus berhubung isu perpindahan tapak kuil ke lokasi baharu yang jaraknya kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal.
Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Dr Mahathir menegaskan insiden berikut tidak berbaur isu perkauman atau agama dan insiden tidak berkaitan dengan jenayah.
#FRU #harmoni #kaum india #kuil #kuil sri maha mariamman #rusuhan #Tun Dr Mahathir Mohamad
;