Anggota AADK Pahang tidak mengaku salah rasuah RM500

Mohd Zalani Md Atan
September 15, 2020 11:48 MYT
Dayalan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. - Astro AWANI
Seorang pembantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM500.
Dayalan Gopal, 56 tahun, dituduh menerima suapan daripada Eng Boon Keong sebagai dorongan mengeluarkan nama lelaki tersebut daripada senarai orang yang dikehendaki AADK pada 16 Feb, 2019.
Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan jaminan RM6,000 dan 15 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Siti Sarah Zainal Abidin di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM.
Ia memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24 akta sama, penjara 20 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
#AADK #AADK Pahang #Dadah #Mahkamah Sesyen Kuantan #mengaku tidak bersalah #orang dikehendaki #Rasuah #suapan
;