Anggaran pendapatan negeri melebihi RM10 bilion buat kali kedua
Fadilah Sulaiman
November 9, 2020 19:13 MYT
November 9, 2020 19:13 MYT
KUCHING: Strategi penjanaan semula hasil oleh kerajaan negeri dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan anggaran pendapatan negeri itu mencecah RM10.012 bilion bagi bajet negeri 2021.
Ini merupakan kali kedua anggaran pendapatan negeri itu melebihi RM10 bilion.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Sarawak berada di landasan yang betul untuk terus menghasilkan semula pendapatan bagi belanjawan yang lebih besar tanpa terlalu bergantung kepada belanjawan Persekutuan.
“Itulah sebabnya menjelang 2023 dan 2025, pendapatan Sarawak mungkin akan bertambah RM5 bilion daripada jumlah ketika ini.
“Ketika itu pastinya hampir semua projek pembangunan infrastruktur yang sedang dibangunkan telah selesai dan kita boleh memfokuskan kepada perkara-perkara seperti dana khazanah dan sebagainya,” kata Sim.
Terdahulu Sarawak menjana lebih RM3 bilion hasil daripada Cukai Jualan Negeri (SST) hasil produk petroleum negeri itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching pada Isnin.
#Anggaran pendapatan negeri
#kerajaan negeri Sarawak
#Gabungan Parti Sarawak
#Belanjawan Sarawak 2021
#Belanjawan 2021
#Cukai Jualan Negeri
#Dewan Undangan Negeri Sarawak
#sim kui hian