Aney 'one by one' bawa parang, mahu balas dendam dalam video terbaharu?

Gempak
Julai 1, 2024 08:46 MYT
Dapat dilihat lelaki berkenaan kembali ke premis kedai serbaneka sebelum ini dengan membawa sebilah parang seolah-olah mahu mencetuskan masalah di lokasi itu. -X
SEMAKIN dikenali susulan penularan video pergaduhannya, lelaki berbangsa India yang terkenal dengan jolokan Aney 'one by one gentleman' kali ini tampil dalam satu posting terbaharu.
Datang Ajak Gaduh?
Menerusi entri tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan kembali ke premis kedai serbaneka sebelum ini dengan membawa sebilah parang seolah-olah mahu mencetuskan masalah di lokasi itu.
Namun, apa yang menyentuh hati, lelaki itu rupa-rupanya mahu menjemput pemilik kedai berikut untuk menjamu sebiji durian bersamanya sebagai tanda perdamaian.

One by one gentleman pic.twitter.com/dzH3xQIkmV

— Cikgu Joohari Ariffin (@CikguJoo) June 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjengah ke ruangan balas hantaran, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan konten yang dibuat.
"Meow tak ikut sekali ke?"
"Hahaha mantap, dulu gaduh sekarang sudah kawan."
"Terbaik punya konten!"
Tidak hanya terhenti di situ, ada juga yang memuji video berkenaan kerana sifat perpaduan yang ditunjukkan.
"Baguslah dah berdamai. Kita semua suka happy ending story. Ambil yang baik, buang yang buruk."
"A brilliant piece! Otak geliga siapa punya idea video ni."
"Ini macam perpaduan demi negaraku tercinta."
Untuk info, sebelum ini tular satu video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah premis kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Menerusi video tular berkenaan, awalnya kelihatan dua lelaki sedang berbalah dengan penjual di kedai berkenaan.
Perbalahan antara mereka kemudiannya berakhir dengan aksi tumbuk-menumbuk di antara penjual dan juga salah seorang daripada lelaki berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. -Gempak
#Aney 'One By One' #bawa parang #gaduh di kedai serbaneka #makan durian #Joohari Ariffin