Andainya setiap keluarga di Malaysia ada bisnes online...

Zaim Ibrahim
April 18, 2018 07:56 MYT
Prof Barjoyai mencadangkan setiap keluarga menjalankan perniagaan atas talian bagi meningkat ekonomi keluarga dan menambah pendapatan secara sampingan. - Foto Astro AWANI
Kos sara hidup tinggi sememangnya menjadi isu besar merentasi pelbagai lapisan masyarakat.
Baik golongan berpendapatan rendah (B40) atau golongan kelas menengah (M40), cerita kos sara hidup tidak pernah lekang menjadi bualan.
Berdasarkan temu bual Astro AWANI bersama Pensyarah Ekonomi, Profesor Barjoyai Bardai dalam buletin khas Malaysia Memilih semalam (Rabu), inilah perkara yang perlu anda tahu kenapa isu ini sentiasa ‘panas’:
Nasihat Profesor Barjoyai yang boleh membuatkan anda berfikir dan menjadi berani berdepan peningkatan kos sara hidup
Persoalannya, apakah langkah penyelesaian jangka pendek dan sederhana untuk membantu setiap isi rumah meningkatkan pendapatan mereka?
Barjoyai turut mencadangkan supaya setiap isi rumah berniaga dalam talian bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
Ini kerana zaman sekarang yang dipacu teknologi moden telah memudahkan semua orang memanfaatkan dunia digital.
#B40 #digital #ekonomi #GST #isi rumah #kewangan #M40 #majikan #Malaysia Memilih #perbelanjaan #perniagaan atas talian #produktiviti #PRU14 #sara hidup #SST #teknologi
;