Anda sedang mencari kerja? Ini pekerjaan paling laku bulan lepas

Luqman Hariz
Disember 28, 2018 14:47 MYT
INDUSTRI yang mencatatkan penyusutan tertinggi pada November 2018 adalah industri perhotelan serta perbankan, perkhidmatan pewangan dan insurans - Gambar hiasan
Adakah anda sedang mencari pekerjaan?
Ramai yang mempunyai persepsi bahawa pasaran pekerjaan sekarang masih mencabar. Adakah persepsi ini betul? Ia sebetulnya bergantung kepada pekerjaan dan industri anda.
Menurut Indeks Pekerjaan Monster, secara keseluruhan, aktiviti pengambilan kerja atas talian meneruskan trend penurunannya pada November tahun ini.
Berbanding November 2017, ia menurun lima peratus, sementara berbanding Oktober tahun ini pula, angka itu jatuh kepada 1.7 peratus.
Industri yang mencatatkan penyusutan tertinggi pada November 2018 adalah industri perhotelan serta perbankan, perkhidmatan pewangan dan insurans (BFSI) dengan penurunan masing-masing 17 peratus dan 12 peratus tahun ke tahun.
Ini merupakan penyusutan berterusan bagi industri BFSI sejak Januari 2018.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com bagi Asia Pasifik dan Timur Tengah, Abhijeet Mukherjee, pertumbuhan sektor perbankan terjejas oleh ketidaktentuan dasar pasca Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Sektor kewangan dahulunya didorong oleh pertimbangan dan pembuatan keputusan manusia, tetapi situasi ini kian berubah dengan teknologi yang muncul, khususnya automasi pintar.
“Berasaskan perubahan dalam keperluan bank, mereka akan menumpukan fokus mereka kepada merekrut orang dengan kepakaran teknologi tertentu,” katanya.
Ini senarai penuh industri dan pekerjaan yang menyaksikan pengambilan pekerja atas talian tertinggi dan terendah bulan lalu.
Adakah pekerjaan anda berada dalam senarai?
#bank #cari kerja #CIMB #hotel #insurans #Jobstreet #kerja #kerja kosong #Maybank #minyak dan gas #Monster #Monster com #pekerjaan #perbankan #Petronas
;