Anda kini boleh kongsi lokasi sendiri dengan pengguna lain melalui Google Find My Device
Amanz
Mac 15, 2025 12:30 MYT
Mac 15, 2025 12:30 MYT
Google Find My Device kini berfungsi seperti Apple Find My, membolehkan pengguna Android menjadi nod carian untuk peranti atau objek pengguna lain. -Amanz
GOOGLE Find My Device sejak tahun lepas telah menjadi semakin baik. Akhirnya ia berfungsi seakan Apple Find My di mana pengguna peranti Android dengan akaun Google boleh menjadi nod carian untuk peranti atau objek pengguna lain.
Ringkasan AI
- Google Find My Device kini berfungsi seperti Apple Find My, membolehkan pengguna Android menjadi nod carian untuk peranti atau objek pengguna lain.
- Pengguna kini boleh berkongsi lokasi diri sendiri dengan orang lain yang dipercayai melalui tab "People" yang baharu.
- Ciri ini sangat berguna apabila merantau ke negara luar dan memastikan keselamatan ahli keluarga dan orang tersayang.
Terbaharu, mengikut jejak langkah Apple adalah pengguna kini boleh kongsi lokasi diri sendiri dengan orang lain yang dipercayai.
Selepas aplikasi Find My Device dikemas kini, anda akan melihat paparan dwi-tetingkap dengan peta di atas dan senarai peranti di bawah.
Kemas kini baharu ini mempunyai tab tambahan iaitu People atau Orang. Ia masih berada di dalam peringkat beta tetapi sedia untuk digunakan.
Ciri ini sebenarnya sudah lama ada dan terbina di dalam Google Maps, cuma untuk memudahkan lagi pengguna ia disertakan ke dalam Find My Device.
Perkongsian lokasi yang dilakukan sebelum ini turut masih boleh diakses jika ia masih aktif.
Di tab Orang ini akan ada dua kategori iaitu Berkongsi dengan anda dan Anda berkongsi dengan.
Satu untuk pengguna lain yang kongsi lokasi mereka dengan anda dan satu untuk anda pantau lokasi anda yang dikongsi dengan pengguna lain.
Apabila ditekan, pengguna akan dibawakan ke laman khas lengkap dengan alamat dan pautan untuk mula mendapatkan arah.
Ciri ini dilihat sangat berguna apabila sekumpulan orang merantau ke negara luar. Ia juga sesuai digunakan bersama ahli keluarga dan orang yang tersayang untuk sentiasa tahu di mana masing-masing berada di keselamatan.
Ciri ini sedia diaktifkan dengan anda hanya perlu mengemas kini aplikasi Find My dari Play Store. -Amanz