Anda kelak boleh berbual dengan Gemini untuk kawal Google Home
Amanz
November 14, 2024 17:40 MYT
November 14, 2024 17:40 MYT
KONSEP filem "Her" semakin mendekati kita dengan teknologi kecerdasan buatan generatif yang semakin haru semakin maju.
Ringkasan AI
- Google mengumumkan bahawa pengguna akan dapat berbual dengan Gemini untuk mengawal peranti Google Home, menggantikan Google Assistant.
- Kemas kini ini membolehkan pengguna mengawal pelbagai peranti seperti lampu, kipas, dan pendingin hawa dengan arahan yang lebih natural dan spesifik.
- Ciri ini akan membantu pengguna mencipta arahan spesifik untuk kawalan yang lebih mudah, tersedia dalam Public Preview untuk pelanggan Nest Aware Plus di Amerika sahaja sebelum dibuka kepada umum.
Google baru-baru ini mengumumkan yang kelak anda boleh berbual dengan Gemini untuk mengawal Google Home.
Sebelum ini, Google Assistant diintegrasikan ke dalam Gemini untuk memudahkan pengguna mengawal peranti Internet benda dalam Google Home.
Kemas kini yang akan diedarkan ini membolehkan pengguna bergantung sepenuhnya kepada Gemini dan boleh berbual seakan dengan manusia untuk membantu mengawal peranti seperti lampu, kelajuan kipas, pendingin hawa dan lain-lain.
Contoh yang Google berikan adalah “Turn on the TV and adjust the living room lights for movie time. Oh but not the reading lamp.”
Pengguna boleh mengawal banyak peranti dalam dalam satu arahan ringkas. Ciri Help Me Create turut akan diperkenalkan untuk pengguna mencipta arahan spesifik untuk kawalan lebih mudah.
Ciri ini tersedia dalam Public Preview khusus untuk pelanggan Nest Aware Plus dan dalam bahasa Inggeris di Amerika sahaja sebelum dibuka kepada umum untuk semua pengguna. -Amanz