Anda buruh migran Indonesia di Malaysia? 5 inisiatif kerajaan Malaysia yang perlu anda tahu

Astro Awani
April 1, 2022 15:54 MYT
Beberapa inisiatif dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam menjaga kebajikan buruh migran Indonesia dari sudut perlindungan sosial. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia hari ini memeterai memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia.
Beberapa inisiatif dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam menjaga kebajikan buruh migran Indonesia dari sudut perlindungan sosial:
a) Caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
b) Jaminan bayaran gaji melalui e- Wages iaitu bagi menjamin pembayaran gaji tidak lewat daripada hari ketujuh setiap bulan.
c) Cuti rehat 1 hari seminggu.
d) Memperkenalkan aplikasi e-aduan yang membolehkan pekerja membuat sebarang aduan secara dalam talian (on-line).
e) Lain-lain kebajikan yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan.
Pemeteraian MoU terbaru ini juga akan merintis kepada kemasukan semula Tenaga Kerja Indonesia (TKI) untuk bekerja dalam sektor-sektor yang dibenarkan di Malaysia.
BACA: Malaysia, Indonesia meterai MoU pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia
MoU PDI ini bertujuan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak-pihak yang berkaitan, mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.
Saluran kemasukan tunggal bagi PDI ke Malaysia dipersetujui dengan hanya menggunakan sistem saluran tunggal seperti yang terkandung dalam MoU bagi menyaring hanya majikan yang layak untuk menggajikan PDI.
Malaysia telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai komitmen negara di peringkat antarabangsa untuk membanteras isu buruh paksa, termasuk memberi perlindungan kepada pekerja migran dari Indonesia.
#Malaysia #Indonesia #MoU #PDI #Ismail Sabri #Joko Widodo #Jakarta
;