Ancaman ribut tropika Sonamu telah pun berakhir. Perkara itu dimaklumkan menerusi laman web Pusat Amaran Ribut Amerika Syarikat.

Sonamu sebelum ini dilaporkan bakal mengancam Sarawak pada Jumaat.

Namun malam tadi ia dilaporkan telah bergerak dengan pantas, justeru tiada lagi ancaman sehingga kini.

Isnin lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa ribut tropika Sonamu dijangka tidak akan membadai kawasan daratan Pantai Timur semenanjung Malaysia.

Walau bagaimanapun Majlis Keselamatan Negara masih menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan.