SEPANG: Ancaman keselamatan siber di Malaysia meningkat sejak beberapa tahun ini terutama dari segi kekerapan dan keseriusan serangan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Beliau berkata tahun lepas sahaja negara mengalami sejumlah serangan siber yang serius termasuk serangan perisian tebusan, percubaan pengintipan siber, kebocoran data dan penipuan siber.
Katanya berdasarkan kepada statistik diberikan oleh Cyber Security Malaysia (CSM), negara mencatatkan 4,741 kes ancaman siber pada tahun lepas, manakala tahun ini setakat Februari sebanyak 456 kes penipuan telah direkodkan.
"Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerima sejumlah 3,482 panggilan tulen yang merekodkan kerugian RM27 juta bagi Januari dan Februari tahun ini sahaja," katanya selepas pelancaran #BeCyberSmart, kempen keselamatan siber dan PROTECT 360, aplikasi penyelesaian keselamatan rangkaian semua-dalam-satu, di sini pada Jumaat.
Kempen tersebut akan menampilkan pelbagai inisiatif termasuk libat urus dalam mendekati rakyat dan mempromosikan amalan terbaik keselamatan siber, serta mempromosikan PROTECT 360 iaitu aplikasi yang memberi keselamatan lengkap, privasi dan perlindungan identiti pada peranti selain perlindungan terhadap perisian hasad, pancingan data dan cubaan penggodaman.
Teo berkata NSRC yang ditubuhkan pada Oktober lepas sebagai pusat arahan untuk menyelaraskan respons pantas bagi kes penipuan kewangan dalam talian, menerima lebih 4,000 panggilan setiap bulan namun tidak semua panggilan tersebut adalah tulen.
"Serangan siber boleh mendatangkan kesan yang sangat teruk kepada individu, perniagaan dan kerajaan, daripada kerugian kewangan hingga kepada pelanggaran maklumat peribadi serta gangguan perkhidmatan penting," katanya.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan memperakui pentingnya isu keselamatan siber dan jenayah siber, justeru sedang berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif yang bertujuan melindungi rakyat dan keselamatan negara.
Menurutnya komitmen itu dicerminkan melalui Belanjawan 2023 apabila RM10 juta diperuntukkan kepada NSRC untuk menaik taraf peralatan dan memulakan kempen kesedaran serta mempromosikan talian hotline 997.
--BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Teo Nie Ching berkata, serangan siber boleh mendatangkan kesan yang sangat teruk kepada individu, perniagaan dan kerajaan. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo
Tujuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan mula beroperasi di Sabah pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.