Analisis: 'Najib ingin menambat hati kaum Cina'
Astro Awani
Februari 17, 2013 20:07 MYT
Februari 17, 2013 20:07 MYT
Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendekati masyarakat Cina secara berterusan merupakan antara strategi Barisan Nasional menambat hati komuniti Tiong Hua.
Ini adalah pendapat Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin dalam analisisnya terhadap pendekatan Najib terhadap masyarakat Cina termasuk kunjungannya ke rumah terbuka Tahun Baru Cina hari ini.
Shaharuddin berkata dalam situasi yang kritikal menjelang pilihan raya, pendekatan ini perlu bagi memenangi hati pengundi terutamanya, pengundi atas pagar.
Beliau bagaimanapun berkata berjaya atau tidak pendekatan itu, penilaian akhir akan ditentukan sewaktu proses pembuangan undi kelak.
“Ini merupakan salah satu strategi menambat hati pengundi Cina, Dong Zong ialah satu persatuan
berpengaruh. Kalau kita lihat pilihan raya umum yang lalu, keputusan akhir oleh Dong Zong memberi
kesan terutamanya pengundi atas pagar yang tidak berpihak.
Undi tetap ditentukan sewaktu pilihan raya umum kerana selagi belum lagi parlimen dibubar, selagi itulah
semua parti politik kena berusaha menambat hati kaum-kaum tertentu.