Analisis AWANI: Proses pemilihan baru kesempatan baik UMNO kembalikan sokongan

Astro Awani
Oktober 12, 2013 22:35 MYT
Proses Pemilihan UMNO yang lebih terbuka dilihat memberi kesempatan yang terbaik bagi kepimpinan parti tersebut meningkatkan kembali sokongan rakyat untuk kekal memerintah.
Pengarah Kajian Strategi Kepimpinan, Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia, (YKSM), Dr Yahya Mat Hassan berpendapat bahawa transformasi UMNO mampu mengangkat lagi parti itu sebagai pejuang agama, bangsa dan negara.
Jelas beliau, sejak ditubuhkan, UMNO terbukti memperjuangkan hak semua tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
“Menggunakan kesempatan sepenuhnya, UMNO untuk UMNO, UMNO untuk negara... falsafah perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan tanah air.
“Dalam perjuangan 46, amat jelas demi kepentingan negara... terangkum isu antara agama,” katanya.
Sementara itu, pengarah IDEAS Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuad berkata, pemilihan kali ini penting bagi UMNO untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
“Saya rasa untuk PRU14 pengundi baru merupakan penentu. Kepimpinan sayap hari ini... merekalah sayap akan turun untuk mengundi Barisan Nasional (BN),” jelasnya.
Barisan kepimpinan terpilih memikul tugas membawa agenda perubahan yang akan menarik sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN.
Kedua-duanya berkata demikian ketika menjadi panel program Analisis AWANI yang menumpukan kepada proses pemilihan kepimpinan semua sayap UMNO yang berlangsung serentak.
#analisis awani #ideas #Pemilihan UMNO #sokongan rakyat #yksm
;