Analisis Awani: Indeks jenayah dan persepsi masyarakat

Aizat Sharif
Mac 22, 2013 08:10 MYT
Penglibatan secara langsung polis dalam setiap aktiviti kemasyarakatan di sesebuah komuniti dilihat mampu menguruskan persepsi masyarakat terhadap polis dalam pembanterasan jenayah.
Ketua Urus Setia NKRA Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Ayob Yaacob dalam wawancaranya bersama Analisis Awani tadi menyatakan polis harus mengenali setiap masyarakat di setiap tempat mereka bertugas.
“Perkara paling mustahak ialah mereka (polis) yang bertugas seperti dalam Unit Rondaan Bermotor (URB) ini mengenalpasti sektor masyarakat di kawasan mereka bertugas,” kata Ayob.
Menganalisis jenis sektor masyarakat ini penting supaya ianya dapat pendekatan polis ini dapat digayakan ikut keadaan masyarakat itu sendiri.
Selain itu juga, dalam pembanterasan jenayah ini juga perlukan kerjasama ‘trans ministry’ iaitu penglibatan jabatan-jabatan kerajaan lain bersama dengan polis seperti Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, RELA, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan lain-lain lagi.
“Kita juga melihat bagaimana peranan-peranan mereka dapat membantu kita dalam pembanterasan jenayah,” beliau berkata.
PDRM mahukan masyarakat merasa dan menghayati apa yang dilakukan oleh polis.
#masyrakat #NKRA #PDRM #persepsi #polis
;