Anak tikam, tetak ayah kandung hingga mati di Tawau

Ridzal Abdullah
Mei 18, 2017 16:40 MYT
Suspek berusia 27 tahun menikam leher mangsa menggunakan pisau di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Titingan. -Foto ihsan PDRM
Akibat dipengaruhi dadah, seorang lelaki tergamak menikam leher dan menetak kepala ayah kandungnya setelah berlaku perselisihan faham di antara mereka pada awal pagi Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, suspek berusia 27 tahun itu menikam leher mangsa berusia 56 tahun menggunakan pisau di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Titingan.
Dia kemudian menetak kepala mangsa menggunakan parang hingga menyebabkan kecederaan serius.
Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.
Suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) manakala kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
#bunuh ayah kandung #Fadil Marsus #Kampung Titingan #Seksyen 117 #tetak kepala
;