Anak Tan Sri ditemui rentung dalam kereta

Astro Awani
Mac 5, 2015 23:34 MYT
Mangsa dipercayai menghidap penyakit Alzheimer dan bergantung kepada ubat.
Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditemui rentung dalam satu kebakaran kereta di kawasan bukit Lorong Setia Bestari 2, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mangsa dipercayai anak kepada seorang individu bergelar Tan Sri dan kebakaran itu menyebabkan kenderaan itu terbakar 100 peratus.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata polis menerima panggilan berkenaan kejadian itu daripada pengawal keselamatan di kawasan berkenaan pada 10.34 pagi.
"Pemilik kereta bergelar Tan Sri berusia 80 tahun itu memaklumkan keretanya dipandu anaknya (dipercayai anak lelaki) yang keluar rumah kira-kira 9 pagi. Anaknya mempunyai Alzheimer iatu penyakit lupa dan perlu makan ubat," katanya.
#Bukit Damansara #kebakaran #rentung #Tan Sri