Anak selamat bersalin di Singapura, Najib dapat cucu lelaki

Astro Awani
November 1, 2021 19:23 MYT
Najib yang sedang menjalani perbicaraan kes 1MDB mendapat kebenaran mahkamah untuk memperolehi passport antarabangsanya buat sementara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menerima khabar gembira anak perempuannya selamat melahirkan bayi lelaki, hari ini.
Najib memaklumkan Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura selamat bersalin pagi tadi.
"Berdebar hati saya pagi ini ketika membuat semakan akhir untuk perbahasan Bajet 2022 saya petang nanti. Tunggu mesej tak masuk-masuk.
"Alhamdulillah. Anak perempuan saya selamat melahirkan seorang anak lelaki. Dapat seorang lagi cucu. Baru terima gambar," katanya dalam perkongsian di Facebooknya.
Sumber Facebook najibrazak
Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya berada di Singapura untuk menemani anak perempuannya bersalin, namun menangguhkan perjalanan ke sana bagi membantu Barisan Nasional (BN) berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Najib yang sedang menjalani perbicaraan kes 1MDB mendapat kebenaran mahkamah untuk memperolehi pasport antarabangsanya buat sementara.
Selain Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga mendapatkan kebenaran memperolehi pasport antarabangsa buat sementara bagi tujuan menemani Nooryana Najwa.
#Najib Razak #Rosmah Mansor #Singapura #cucu
;