KUALA LUMPUR: Pelajar berusia 17 tahun yang mendedahkan mengenai lawak rogol seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Kuala Selangor, Jumaat lalu, dikatakan turut menerima ugutan rogol dari rakan sekelasnya.
Perkara itu didedahkan bapa pelajar itu selepas dia membuat laporan polis di Saujana Utama pada Sabtu berhubung tindakan guru lelaki berkenaan.
Menurut bapanya, dia juga berasa berbelah bahagi untuk mengizinkan anaknya ke sekolah seperti biasa pada Isnin ini selepas dimaklumkan mengenai ugutan rogol tersebut.
"Respons daripada kawan-kawan lelaki sekolahnya tidak berapa bagus malah ada yang ugut untuk rogol.
"Mereka berasakan anak saya sudah memalukan nama baik sekolah dan mengaibkan guru tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Saiful dia akan membuat laporan polis yang berasingan untuk ugutan yang diterima anaknya itu.
BACA: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol
BACA: Wan Azizah persoal akhlak guru lelaki buat lawak rogol, KPM diminta siasat
Ditanya adakah dia juga akan membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan, Saiful Nizam berkata dia akan mendapatkan maklum balas pihak sekolah terlebih dahulu namun dinasihatkan oleh rakan-rakannya untuk membuat aduan rasmi.
"Hari Isnin nanti selepas ke sekolah saya akan ke PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) pula untuk dapatkan maklum balas pihak mereka pula," katanya lagi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan polis itu kira-kira jam 10 malam pada Sabtu berhubung tindakan guru terbabit.
"Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dibuat dan akan memanggil saksi-saksi yang terlibat untuk membantu siasatan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini seorang remaja perempuan mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.
Menurut pelajar berkenaan, kata-kata yang tidak menyenangkan itu dibuat ketika membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya yang terletak di daerah Kuala Selangor, pada Jumaat.
Remaja itu mendedahkan perkara itu dalam sebuah video di platform media sosial TikTok, yang kemudiannya diciap di Twitter.
Hakim Rahman
Sun Apr 25 2021
Ugutan itu dibuat pelajar lelaki selepas merasakan remaja perempuan itu memalukan nama baik sekolah dan mengaibkan guru tersebut lepas mendedahkan mengenai jenaka rogol di kelas. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.
Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Lebih 415,000 pelarian Gaza berlindung di sekolah PBB - UNRWA
Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan pada Ahad lebih 415,000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian, kini berlindung di bangunan sekol
Sidang media khas KPM mengenai banjir, persiapan SPM pagi ini
Sidang media khas tersebut akan dikendalikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan diadakan pada jam 10.45 pagi di Putrajaya.
Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat
Jabatan Meteorologi UK (Met Office) mengekuarkan amaran peringkat kuning untuk England, Scotland dan Ireland Utara.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.