Anak pasangan Shalwati dan Azizul akan mula bersekolah dalam masa terdekat
Astro Awani
Februari 3, 2014 22:37 MYT
Februari 3, 2014 22:37 MYT
Keempat-empat anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal akan memulakan sesi persekolahan mereka di Kelantan dalam tempoh terdekat.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) Zahari Daud berkata, pihaknya sudah menyerahkan surat pengesahan kepada empat beradik berkenaan.
Menurut Zahari anak sulung pasangan itu Aishah, 14 akan memasuki tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala.
Manakala Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7 masing-masing akan memasuki darjah enam, lima dan satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kala Dua.
Pihak JPN dan sekolah akan memantau dan membantu pelajar berkenaan menyesuaikan diri.
Mereka juga akan diberi bantuan buku pelajaran sama seperti pelajar lain.
Pihak sekolah akan memberikan penekanan dalam pemahaman Bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi.
Tiga beradik kecuali Aishah hanya bertutur dan memahami Bahasa Inggeris sahaja.
Sementara itu, anak sulung pasangan tersebut, Aishah Azizul Raheem melahirkan rasa gembira kerana dapat bersekolah.
Katanya beliau dan adik-adiknya perlu membuat beberapa persiapan terlebih dahulu seperti membeli pakaian dan peralatan persekolahan.
##SwedenLetThemGo
#anak/children
#Azizul Raheem Awalludin
#Malaysia
#Shalwati Nurshal
#Sweden
#Wisma Putra