Anak panda gergasi kedua selamat dilahirkan di Zoo Negara

Azyyati Ahmad
Januari 17, 2018 17:30 MYT
Pasangan Giant Panda di Zoo Negara selamat melahirkan anak kedua pada 14 Januari lalu. - Foto Zoo Negara
Pasangan panda gergasi di Zoo Negara selamat melahirkan anak kedua pada 14 Januari lalu.
Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan anak pasangan Xing Xing dan Liang Liang itu dilahirkan pada jam 7.50 pagi iaitu 89 hari selepas tarikh persenyawaan pasangan panda tersebut pada 18 Oktober 2017.
“Jantina anak panda gergasi ini masih belum dapat dipastikan memandangkan Liang Liang masih melindungi anaknya yang sedang dalam fasa menyusu,” katanya.
Tambah beliau, anak kedua pasangan ini yang dilahirkan dengan berat 150 gram juga membuktikan bahawa pengurusan konservasi panda gergasi di Malaysia diuruskan pada tahap terbaik.
Kedua-dua ibu dan anak panda gergasi ini berada dalam keadaan sihat dan dikuarantinkan serta tidak dipamerkan kepada pengunjung sehingga satu tempoh yang ditetapkan.
Liang Liang masih melindungi anaknya yang dalam fasa menyusu - Foto Dr Mat Naim Ramli (Pengarah Zoologi Pusat Konservasi Panda Gergasi)
#Giant Panda #Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar #NRE #Panda #pengurusan konservasi #Wan Junaidi #Zoo Negara
;