PUTRAJAYA: Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar bersetuju untuk menyelesaikan cukai taksiran tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13.16 juta bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Mohamad Nizar, 43, berkata ini berikutan anak guamnya telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu dengan LHDN.
"Sepatutnya perintah persetujuan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada 27 Mei lepas, namun dijadualkan semula ke 4 Ogos ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan," katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes berhubung rayuan Mohamad Nizar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman secara dalam talian, hari ini.
Prosiding itu turut disertai Peguam Hasil Muhammad Nabil Abdul Halim bertindak bagi pihak LHDN.
Berhubung rayuan Mohamad Nizar, peguam itu berkata mahkamah menetapkan 3 Jun ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui sama ada permohonan anak guamnya untuk melapangkan tarikh pendengaran rayuan yang dijadualkan pada 16 Jun dibenarkan oleh mahkamah sementara menunggu perintah persetujuan direkodkan.
Pada 11 Ogos tahun lepas, Mohamad Nizar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Ogos tahun sama yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Mohamad Nizar.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Julie Lack Abdullah dalam penghakimannya memutuskan perkara yang dibangkitkan Mohamad Nizar tidak mempunyai merit dan tidak berasas selain berpendapat pembayar cukai perlu membayar cukainya dahulu tanpa menghiraukan rasa tidak puas hati dengan jumlah tersebut atau atas apa alasan sekali pun.
Pada 24 Julai 2019, LHDN, melalui kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman terhadap Mohamad Nizar, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.
Selain Mohamad Nizar, Najib dan seorang lagi anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin juga perlu membayar cukai pendapatan kepada LHDN seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib perlu membayar RM1.69 bilion manakala Mohd Nazifuddin RM37.6 juta.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilaporkan belum melunaskan bayaran itu menyebabkan LHDN menfailkan notis kebankrapan terhadap mereka dan kes itu masih di peringkat pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021
![Anak Najib, Nizar setuju selesai cukai taksiran tambahan kepada LHDN Anak Najib, Nizar setuju selesai cukai taksiran tambahan kepada LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622464404_MohdNizar.jpg)
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Mohamad Nizar, 43, berkata ini berikutan anak guamnya telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu dengan LHDN. - Gambar fail
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![PRU15: Anak sulung Najib sah bertanding, antara 25 calon muka baharu BN di DUN Pahang PRU15: Anak sulung Najib sah bertanding, antara 25 calon muka baharu BN di DUN Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667375931_TBcalonbn.jpg)
PRU15: Anak sulung Najib sah bertanding, antara 25 calon muka baharu BN di DUN Pahang
Anak sulung bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar sah akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas beliau diumumkan sebagai antara 25 calon muka baharu.
![PRU15: 'Anak Najib bertanding di Pekan, itu tidak benar' - UMNO Pekan PRU15: 'Anak Najib bertanding di Pekan, itu tidak benar' - UMNO Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666504072_DatukSeriZamriRam.jpg)
PRU15: 'Anak Najib bertanding di Pekan, itu tidak benar' - UMNO Pekan
Khabar angin itu tidak benar dan hanya cerita yang dibuat-buat oleh pihak tertentu sahaja.
![Cukai RM37.6 juta: Anak Najib tarik balik permohonan gantung keputusan Mahkamah Tinggi Cukai RM37.6 juta: Anak Najib tarik balik permohonan gantung keputusan Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634892449_NazifuddinNajib.jpg)
Cukai RM37.6 juta: Anak Najib tarik balik permohonan gantung keputusan Mahkamah Tinggi
Datuk Mohd Nazifuddin hari ini menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembayaran tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta kepada LHDN.
!['Terlalu sedih untuk menangis,' - anak Najib, Rosmah luahkan perasaan 'Terlalu sedih untuk menangis,' - anak Najib, Rosmah luahkan perasaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71538567925_LUAHANANAKROSMAH.png)
'Terlalu sedih untuk menangis,' - anak Najib, Rosmah luahkan perasaan
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan di laman Instagram susulan penahanan ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor, sebentar tadi.