Anak muda tidak minat kerja kotor, sukar & bahaya? Netizen berbelah bahagi

Nizam Bakeri
Februari 15, 2016 15:12 MYT
Isnin lalu, anak muda Malaysia dicabar untuk bekerja dalam sektor 'Dirty, Difficult and Dangerous' atau 3D jika mereka menolak kemasukan pekerja asing - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin lalu yang mencabar anak muda melibatkan diri dalam sektor kerja yang kotor, berbahaya, dan sukar (dirty, dangerous, difficult) atau 3D, Astro AWANI telah menjalankan tinjauan.
Undian atas talian telah diadakan di laman sesawang dan akaun Twitter @501Awani untuk mendapatkan respon netizen melalui soalan:
“Anak muda Malaysia tak suka kerja kotor, sukar, dan bahaya. Apa kata anda?”
Ketika undian ditutup pada jam 12 tengah hari, lebih 3,000 undian diterima di laman sesawang dan 4,500 di Twitter.
Netizen berbelah bahagi di laman sesawang dengan 50 peratus bersetuju dengan kenyataan tersebut manakala 50 peratus lagi tidak bersetuju.
Undian di Twitter juga tidak banyak berbeza dengan 52 peratus bersetuju dan 48 peratus tidak bersetuju.

#AWANInews [UNDIAN] Anak muda Malaysia tak suka kerja kotor, sukar, dan bahaya. Apa kata anda?

— Astro AWANI (@501Awani) February 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
‘Ini soal sikap’
Kebanyakan netizen yang bersetuju dengan kenyataan Zahid membangkitkan isu sikap pekerja muda tempatan yang kurang berminat dengan sektor kerja 3D walaupun banyak kekosongan yang ditawarkan.
Beberapa pengguna Facebook yang juga merupakan majikan turut mendedahkan kadar produktiviti pekerja asing yang lebih tinggi sekaligus menjadikan mereka pilihan yang lebih berdaya saing.
‘Lebih baik kami kerja 3D di luar negara’
Rata-rata netizen yang tidak bersetuju mendedahkan ramai warga tempatan yang memilih untuk menyertai sektor kerja 3D di negara luar seperti Australia dan Singapura yang didakwa menawarkan pendapatan yang lebih setimpal.
Mereka turut membangkitkan soal gaji yang terlalu rendah ditawarkan oleh majikan dalam sektor 3D akibat nilai pasaran pekerjaan yang merosot akibat lambakan pekerja asing yang bersedia menerima upah rendah.
Tindakan majikan yang lebih gemar membayar upah rendah ini dianggap sebahagian netizen sebagai jalan pintas untuk mereka meraih keuntungan berganda sedangkan masih ramai rakyat yang menganggur.
Ada netizen yang akur dengan keperluan mengimport pekerja asing namun mempersoalkan bilangan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dilihat terlalu ramai dan bakal membanjiri sektor pekerjaan tempatan.
BACA: Kemasukan pekerja Bangladesh bergantung kepada keperluan tempatan: Tok Pa
BACA: Pekerja asing hanya boleh jadi tukang masak, pekerja pembersihan dalam sektor makanan
BACA: Pengambilan pekerja Bangladesh perlu telus: FMM
BACA: Pekerja Bangladesh dibawa masuk selepas pekerja haram diusir dari Malaysia
#Ahmad Zahid Hamidi #bekerja dalam bidang 3D #belia dan anak muda Malaysia #Dirty Difficult and Dangerous #Majlis Belia Selangor #tolak kemasukan pekerja asing
;