Anak muda sudah bergerak ke arah politik matang - Aktivis belia

Faida Rahim
Ogos 12, 2023 18:24 MYT
Santesh turut mengakui anak muda kini berani menzahirkan sokongan lebih jelas menerusi media sosial yang merupakan fenomena baharu menuju ke arah naratif politik baharu. - Gambar fail/KPN
KUALA LUMPUR: Anak muda di negara ini sudah mula memahami senario politik semasa dan bergerak ke arah sebuah politik matang, kata aktivis belia, Shatesh Kumar Sangar.
Jelasnya, meskipun angka keseluruhan masih tidak besar, anak muda tidak lagi jumud dengan ideologi kepartian yang menggunakan isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja dalam menarik perhatian pengundi ketika tempoh berkempen.
"Saya yakin bahawa isu-isu berkenaan kaum, agama tidak selamanya boleh menjadi pertaruhan kepada parti politik untuk meraih undi kerana generasi muda ketika ini sudah bijak dan pandai membuat penilaian untuk menentukan masa depan negara," katanya.
Dalam masa sama, Santesh turut mengakui anak muda kini berani menzahirkan sokongan lebih jelas menerusi media sosial yang merupakan fenomena baharu menuju ke arah naratif politik baharu.
Santesh berkata perubahan itu perlu diterima semua pihak memandangkan penglibatan termasuk idea yang dibawa mereka adalah baharu dan berbeza-beza.
"Mungkin ini satu perubahan yang perlu kita terima. Kita perlu ke arah satu politik matang dalam naratif politik baru," katanya.
#media sosial #PRN #politik matang #aktivis belia
;