Anak muda sepakat rasuah cabaran utama negara
Shafizan Johari
Ogos 29, 2017 14:44 MYT
Ogos 29, 2017 14:44 MYT
Isu akauntabiliti dan ketelusan menjadi cabaran utama yang ditangani sejumlah 82% anak muda di negara ini.
Sejumlah 47% anak muda percaya wujud kekurangan kebebasan berpolitik di Malaysia dan 28% kalangan responden juga percaya mereka akan lebih bebas jika diberi lebih kelonggaran untuk mengadakan protes.
Kaji selidik ini adalah sebahagian Tinjauan Tahunan Global Shaper 2017 anjuran Forum Ekonomi Dunia yang melibatkan tinjauan terhadap 627 anak muda berusia antara 18 hingga 35 tahun.
Kajian sama pada tahun lalu meletakkan 81.6% responden memberi respon negatif terhadap tahap salah guna kuasa dan rasuah di negera ini.
Angka ini melebihi negara serantau lain seperti Indonesia (40.5%), Thailand (66.7%) dan Filipina (68.6%).
Persepsi negatif anak muda terhadap tahap akauntabiliti di Malaysia juga selari dengan dapatan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016 yang dilaksanakan Transparency International Malaysia (TI Malaysia).
Menerusi indeks tersebut, Malaysia susut satu mata ke tangga 55 berbanding 54 tahun yang direkodkan tahun sebelumnya.