Anak MB Perlis tiba di mahkamah

Sinar Harian
Mei 23, 2024 01:40 MYT
Anak MB Perlis tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 8.05 pagi hari ini. - Foto Sinar Harian
KANGAR: Anak Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli tiba di Mahkamah Sesyen hari ini untuk menghadapi pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira jam 8.05 pagi sebelum bergerak ke Mahkamah Sesyen pada jam 8.45 pagi.
Pada 24 April lalu, SPRM menahan enam individu termasuk, anak Menteri Besar, seorang setiausaha politik dan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur, seperti kerja pembaikan dan penyelenggaraan, bekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.
Mereka dibebaskan dua hari kemudian dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang selepas perintah reman mereka tamat.
Semalam, SPRM mengeluarkan surat jemputan media, memaklumkan bahawa suruhanjaya itu telah mendapat kebenaran untuk mendakwa pemilik syarikat dan bekas setiausaha politik di dua mahkamah berasingan pada Khamis. - Sinar Harian
#SPRM #Mahkamah Sesyen #anak MB Perlis #penjawat awam