Anak Mat Sabu akan dibicara Julai ini

Fareez Azman
Jun 19, 2019 15:27 MYT
Kamarulzaman Mamat sahkan anak kepada Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu, Ahmad Saiful Islam akan dibicara Julai ini. - Gambar Astro AWANI/ FAREZ AZMAN
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Kamarulzaman Mamat mengesahkan anak kepada Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu, Ahmad Saiful Islam,31, akan dibicara Julai ini.
Perbicaraan itu akan berlangsung selepas pertuduhan dibuat terhadap Ahmad Saiful di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 13 Jun lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000.
Ahmad Saiful, 31, ditahan pada 6 Januari lalu selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang Kuala Lumpur.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pada 5 Januari lalu, Ahmad Saiful ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan dalam Ops Hiburan Bersepadu.
BACA: Anak Mat Sabu ditahan positif ganja
#Ahmad Saiful Islam #Anak Mohammad Sabu akan dibicara Julai ini #Mahkamah Majistret #Mohammad Sabu
;