Anak sulung kepada wanita warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shaariibuu berkata dia terpaksa menukar namanya kerana publisiti negatif yang timbul akibat kematian ibunya selain dibuli di sekolah.
Bayarkhuu Bayarjargal, 21, yang menukarkan namanya daripada Mungunshagai Bayarjargal, memberitahu prosiding perbicaraan kes saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa dia berusia sembilan tahun ketika Altantuya mati.
Ketika ditanya oleh peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga Altantuya, mengenai bagaimana perasaannya ketika mengetahui kematian Altantuya, Bayarkhuu berkata dia terkejut dan berasa sangat sedih.
"Saya bertanya kepada diri sendiri mengapa nasib saya sangat malang kehilangan ibu. Saya bertambah marah dan terluka apabila mendapat tahu bahawa dia dibunuh di Malaysia dan membenci mereka yang bertanggungjawab atas kematiannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada perbicaraan mendengar kes saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarganya terhadap dua bekas dua anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.
Bayarkhuu berkata selama tiga tahun pertama atau lebih, dia menghabiskan masanya semasa musim panas dengan tinggal bersama saudara-mara di kawasan desa untuk mengelakkan gosip mengenai pembunuhan ibunya pada 2006.
"Ia adalah tahun yang sangat menyakitkan dan menyedihkan kerana saya masih ingat dengan jelas apa yang diberuitahu oleh ibu bapa kawan-kawan saya memberitahu mereka supaya tidak bermain dengan saya hanya kerana ibu saya dibunuh di Malaysia," katanya.
Bayarkhuu berkata dia diberitahu oleh neneknya bahawa ibunya telah meninggal dunia dan, selepas beberapa waktu, mengetahui lebih banyak mengenai butiran menerusi berita dan orang-orang di sekelilingnya bercakap mengenainya, dan melalui Internet ketika usianya meningkat.
Beliau berkata hubungannya dengan seorang gadis juga terjejas apabila hakikat bahawa dia adalah anak lelaki Altantuya diketahui.
Ketika diminta menceritakan mengenai latar belakang ibunya, Bayarkhuu mengimbas kembali bahawa dia seorang wanita yang penyayang dan gemar mengharungi cabaran dan sering membawa dia dan orang lain menonton filem, berkelah dan ke taman permainan.
Sangeet Kaur: Siapa yang menanggung perbelanjanan pendidikan kamu dan saudara lelaki kamu serta kos perubatan selepas kematian ibu kamu?
Bayarkhuu: Datuk saya terpaksa terus bekerja untuk membiayai perbelanjaan kami termasuk perbelanjaan isi rumah sementara nenek saya tinggal di rumah untuk menjaga adik lelaki saya.
Sangeet Kaur: Adfakah kamu bekerja untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh datuk kamu?
Bayarkhuu: Ya, saya membuat kerja-kerja rencam untuk menanggung mereka semasa cuti persekolahan saya dan saya juga menjual barangan seperti CD dan DVD di jalanan.
Sementara itu, sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa, 35, memberitahu mahkamah bahawa Altantuya diupah oleh Abdul Razak untuk khidmat terjemahan berkaitan pembelian dua kapal selam tentera.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Altantuya memberitahu dia bahawa Abdul Razak ingin mempunyai cahaya mata dengannya (Altantuya) dan bahawa beliau memperkenalkan Altantuya kepada peguamnya di Malaysia sebagai isterinya'.
Bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan isterinya Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka - Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga - memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007.
Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian digugurkan sebagai plaintif selepas dia meninggal dunia dua tahun lepas.
Dalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa bahawa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar ganti rugi dengan ganti rugi teladan dan ganti trugi teruk.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 30 2019
Bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev bersama pasukan peguamnya. - Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.