Jacel Kiram, iaitu anak perempuan ketua kumpulan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Jamalul Kiram III, muncul dengan akaun Twitter rasminya semalam.

Jacel telah memulakan salam perkenalannya dengan mengesahkan ketulenan akaunnya.


Tuitnya yang kedua pula mengucapkan kata-kata semangat kepada ayahnya.


Dalam masa sejam, akaun Twitter-nya telah mencecah lebih 1,500 pengikut yang kebanyakannya rakyat Malaysia.

Dalam salah satu tuit, Fatin Nadia telah memberitahu Jacel supaya menyuruh abang-abangnya pulang ke Filipina.

Jacel bagaimanapun telah membalasnya dengan meminta kerajaan Malaysia ‘memulangkan’ kembali tanah yang didakwa kononnya kepunyaan mereka.


Dalam satu lagi balasan tuit kepada Geminianeyes, Jacel sekali lagi telah mendakwa kononnya Sabah bukanlah milik Malaysia.



Jacel berdiri teguh di belakang ayahnya tentang tuntutan puak Kiram terhadap Sabah dan menegaskan bahawa menyerah diri bukanlah pilihan bagi bapa saudaranya, Agbimuddin Kiram dan tentera pengganasnya.

Dalam sebuah laporan ABS-CBN, anak perempuan Kiram itu masih mengharapkan penyelesaian secara aman, meskipun berdegil tidak akan ‘menyerahkan’ Sabah.

“Kami tegas dengan pendirian tidak akan menyerah diri,” katanya kepada laporan portal berita tersebut.