Anak kepada mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar (gambar) meninggal dunia dipercayai terjatuh ke dalam longkang pada pagi tadi.

Mayat mangsa, Ahmad Jamal Omar Mohd Hanif, 40, dipercayai telah terjatuh kedalam sebuah longkang di Jalan Catur 11/1C, Seksyen 11, Shah Alam ditemui sekitar jam 6.25 pagi tadi.

Mangsa yang mengalami kecederaan dikepala dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan proses pengkebumian Ahmad Jamal dijangka akan dilakukan pada petang ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.