Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis

Astro Awani
Oktober 26, 2019 16:34 MYT
Usaha mencari Pitt Haniff sedang giat dilakukan oleh pasukan keselamatan. - Gambar Facebook PITT HANIF
PITT Haniff yang juga anak kepada pelakon tersohor tanah air, Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu.
Ketika ini usaha pencarian sedang giat dilakukan oleh pasukan keselamatan.
Berita sedih yang melanda Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif dikongsi oleh rakan-rakan seperjuangannya di media sosial.
Isteri Pitt, Farah Ahmad turut memuat naik entri di laman Instagram memohon seluruh kenalannya mendoakan kesejahteraan suaminya yang sehingga kini masih belum dapat dikesan.
"Mohd Firdaus Mohamad Hanif. I know u still there u strong. Pls stay strong i otw jerantut Pahang to be with u & save you my man.
"Our princesses are so strong so same goes to u my hero my soulmate my king my man my radio .pls stay strong for me pls for Dhia for mhia for Thia. Pls @pitthanif.
"Guys i need everyone positive vibes & doa. Only Allah knows the best for us . Aammin," tulis Farah di Instagram peribadinya.
Sementara itu, seorang anggota keluarga Pitt ketika dihubungi mengesahkan pengarah drama itu dikhuatiri lemas ketika sedang memancing di sungai berkenaan.
Beliau yang dikenali sebagai Afad berkata, seluruh anggota keluarga sudah bergegas ke Jerantut untuk bersama-sama menyertai pasukan pencarian.
Sementara itu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Nor Hisham Mohammad dalam kenyataannnya berkata, Mohd Firdaus dilaporkan hilang sekitar pukul 1 tengah hari.
Menurut beliau, ketika ini operasi pencarian Mohd Firdaus, 43, sedang giat dilakukan.
#anak Fauziah Nawi #Jerantut #lemas di sungai #Pahang #Pitt Hanif #Sungai Mela
;