Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Astro Awani
Mac 5, 2025 08:50 MYT
Mac 5, 2025 08:50 MYT
Baddrol Bakhtiar kehilangan anak bongsunya yang meninggal dunia awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Anak bongsu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia awal pagi tadi.
Khabar duka itu dikongsi bekas pemain bola sepak Kedah itu dalam hantaran di Instagram rasmi miliknya.
"Dukacita dimaklumkan anak bongsu YB Baddrol Bakhtiar telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 3.15 pagi ini.
"Jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke Masjid Taman Ria, Sungai Petani.
"Doakan semoga mereka sekeluarga tabah dan dipermudahklan segala urusan," kata kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut punca kematian anak Baddrol.