'Anak-anak syurga', netizen luah simpati kepada pelajar Tahfiz Al-Hashimi
Syafique Shuib
Jun 2, 2017 16:12 MYT
Jun 2, 2017 16:12 MYT
“Anak-anak syurga!”
Itu merupakan antara reaksi netizen susulan sebuah van yang membawa pelajar Tahfiz Al-Hashimi terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu.
Tujuh mangsa dilaporkan maut sementara tujuh lagi cedera.
“Meninggal di pagi Jumaat di bulan Ramadan. Anak-anak syurga mereka ini. Takziah buat ahli keluarga dan teman-teman arwah,” kongsi pengguna Facebok Iza Ramly.
Hanafi Md Taib berkata: “Semoga pintu syurga terbuka luas menanti kedatangan adik-adik ini,” kata
Sementara itu, ramai yang terkejut dengan insiden ini dan mahu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Siasatan mesti dibuat bagaimana ia boleh terjadi,” kata Morhuda Ahmad Mokhtar.
Seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zainuddin Ya berkata: “Ini punca pemandu. Pemandu kurang ambil berat.”
Pengguna di Twitter juga terkejut dengan insiden ini.
Insiden berlaku sekitar jam 9.40 pagi itu, dan bomba menerima panggilan kecemasan 9.45 pagi.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, sembilan mangsa sudah dikeluarkan orang awam sementara lima lagi tersebit di dalam kenderaan yang remuk.