Anak-anak asnaf terharu diberi peluang tempah baju raya
Khairunnisa Kasnoon
Jun 18, 2016 17:26 MYT
Jun 18, 2016 17:26 MYT
BUKAN semua kanak-kanak bernasib baik dalam mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan khususnya menjelang sambutan hari raya.
Bercakap tentang persalinan yang hendak digayakan, pastinya ada yang tidak mampu untuk memiliki sepasang baju raya baharu, apatah lagi yang diukur pada badan sendiri.
Atas kesedaran untuk berkongsi rasa kebahagiaan seperti itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kengkawan Project, menganjurkan program pra-Ramadan pada 5 Jun lalu.
Program itu bertujuan memberi peluang kepada sekumpulan kanak-kanak merasai dan menikmati Ramadan dan Aidilfitri dengan cara sederhana.
Kali ini, seramai 40 anak-anak asnaf Yayasan Chow Kit diberikan peluang merasai persiapan menyambut hari raya melalui tempahan baju raya khas.
Menurut wakil Kengkawan Project, Hasbullah Najib, tempahan baju raya khas ini memberikan keseronokan yang berbeza buat kanak-kanak berkenaan.
“Tempahan ini lebih istimewa kerana dari awal (Ramadan) mereka akan rasa teruja. Apabila kita buat sebelum puasa, mereka akan bersemangat untuk puasa sepanjang Ramadan seterusnya dapat berhari raya dengan gembira,” ujar Hasbullah.
Bagi sukarelawan, reaksi yang ditunjukkan anak-anak asnaf itu tiada nilainya. KIta ikuti apa kata kanak-kanak yang terlibat melalui video di bawah ini:
#anak-anak asnaf
#cerita bulan puasa
#hari raya
#jendela ramadan
#Kengkawan Project
#NGO
#Yayasan Chow Kit