Anak Ahmad Dhani terlibat kemalangan maut

Haider Yutim
September 8, 2013 17:58 MYT
Anak ketiga komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani telah terlibat dalam kemalangan ngeri di Tol Jagorawi, Jakarta.
Berikutan kemalangan tersebut, anaknya, Ahmad Abdul Qodir Jaelani mengalami patah kaki.
Berdasarkan laporan Kompas.com, kemalangan itu telah meragut enam nyawa manakala 10 orang lain cedera.
Menurut laman Twitter Ahmad Dhani, Abdul Qodir kini sedang menjalani penbedahan bagi merawat kecederaannya itu.

Mohon doa untuk Dul yg sedang di operasi sekarang... Semoga lekas sembuh. Amien 3x

— Dhani Ahmad Prasetyo (@AHMADDHANIPRAST) September 8, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau menjalani rawatan di Hospital Pondok Indah, Jakarta Selatan.
Sebelum itu beliau telah dikejarkan ke Hospital Melia, Cibubur sejurus selepas kemalangan.
Punca kemalangan dikatakan berpunca daripada kenderaan Mitsubishi Lancer yang dipandu oleh anak penyanyi kumpulan Dewa 19 itu.
Kenderaan itu dilaporkan masuk ke arah bertentangan secara tiba-tiba dan merempuh dua kenderaan lain.

Turut berduka atas korban kecelakaan hari ini. Semoga keluarga yg ditinggal mendapat kekuatan & ketabahan.

— Dhani Ahmad Prasetyo (@AHMADDHANIPRAST) September 8, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ahmad abdul qodir jaelani #Ahmad Dhani #Dewa 19 #Jakarta
;