AMK Perak buat laporan kepada SPRM

Bernama
Jun 22, 2021 23:22 MYT
Zaim Sidqi berkata, laporan itu bertujuan meminta SPRM menyiasat isu berkaitan pemberian tanah kerajaan seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pemberian sebidang tanah kerajaan di Bagan Tiang, Parit Buntar kepada sebuah syarikat.
Laporan dibuat oleh Ketua AMK negeri Muhamad Hairul Amir Sabri di pejabat SPRM Perak, di Meru Raya, di sini pada pukul 10 pagi.
Setiausaha AMK Perak Zaim Sidqi Zulkifly yang ditemui media sejurus kemudiannya berkata, laporan itu bertujuan meminta SPRM menyiasat isu berkaitan pemberian tanah kerajaan seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat untuk pelaksanaan projek ternakan udang.
Beliau berkata pihaknya merasa sangsi bagaimana sebuah syarikat berjaya memperoleh kelulusan untuk tanah itu sedangkan ia baru ditubuhkan.
"Syarikat itu ditubuhkan September tahun lepas manakala kelulusan pemberian tanah pula diberikan dua bulan kemudiannya," katanya.
-- BERNAMA
#SPRM #Rasuah #AMK #AMK Perak #pemberian tanah #Bagan Tiang #parit buntar #syarikat
;