Aminuddin akan menghadap Tuanku Muhriz, mohon perkenan bubar DUN pada 28 Jun

Bernama
Jun 20, 2023 22:44 MYT
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu memaklumkan DUN akan dibubar pada 30 Jun. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Saya akan menghadap Tuanku pada Rabu depan untuk mendapat perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN pada 30 Jun, hari terakhir, insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Siswazah Negeri Sembilan Cemerlang Kelas Pertama di sini hari ini.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu memaklumkan DUN akan dibubar pada 30 Jun.
Turut mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 menyaksikan Pakatan Harapan memenangi 20 kerusi DUN manakala Barisan Nasional meraih 16 kerusi di Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
#PRN #DUN #bubar #Pakatan Harapan
;