KUALA LUMPUR :Amerika Syarikat (AS) dilapor bakal mengharamkan import produk sawit daripada syarikat FGV Holdings Berhad.
Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) dalam satu kenyataan berkata pengharaman itu berdasarkan hasil siasatan selama setahun yang mendakwa syarikat tersebut mengambil tenaga buruh paksa seperti penyeksaan terhadap golongan ditindas, keganasan fizikal dan seksual, melakukan ancaman dan penyimpanan pengenalan diri.
Siasatan itu turut mendakwa bahawa buruh paksa kanak-kanak telah digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit di syarikat tersebut.
CBP dalam kenyataan tersebut menegaskan pengharaman itu berkuat kuasa serta-merta.
Susulan itu, CBP mengeluarkan Arahan Tahanan Pelepasan (WRO) terhadap kemasukan dan penggunaan minyak sawit yang dihasilkan FGV di negara itu.
Pengharaman oleh CBP itu menyusul selepas sekumpulan hak asasi meminta pihak berkuasa AS untuk melakukan siasatan terhadap FGV ekoran kebimbangan penggunaan buruh paksa dan pemerdagangan manusia dalam syarikat itu.
Dalam perkembangan berkaitan, FGV di laman webnya pada 26 September lalu telah mengeluarkan kenyataan menegaskan ia terus komited menghormati hak asasi dan memastikan standard tenaga kerja.
Kenyataan itu turut memaklumkan syarikat itu telah mengambil langkah konkrit sejak beberapa tahun lalu untuk memenuhi komitmen berkenaan termasuk dalam isu pengambilan pekerja asing, tidak mengambil pelarian sebagai pekerja, dan penyediaan tempat tinggal.
Sementara itu, laporan berita pada 26 September juga turut menyebut kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa hingga 22 September lalu, seluas 5.14 juta hektar, atau 87.1 peratus daripada 5.9 juta hektar tanaman sawit di Malaysia telah mendapat sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Ia termasuk 420 daripada keseluruhan 452 kilang buah sawit (92.92 peratus) yang turut diberikan pensijilan MSPO.
Astro Awani
Wed Sep 30 2020
FGV di laman webnya pada 26 September lalu telah mengeluarkan kenyataan menegaskan ia terus komited menghormati hak asasi dan memastikan standard tenaga kerja. -Gambar fail
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania
Gimnastik AS mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menyokong kes atlet Jordan Chiles harus mendapat pingat gangsa.