'Amerika macam budak-budak apabila sibuk hal Anwar Ibrahim' - Azwan Bro

Wan Syamsul Amly
Februari 12, 2015 21:40 MYT
KHAIRUL AZWAN: Amerika sendiri banyak isu hak asasi dan perundangan sendiri yang perlu diperbaiki dahulu
Amerika Syarikat disamakan berperangai seperti kanak-kanak apabila mempertikaikan institusi kehakiman negara yang menjatuhkan hukuman kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menegaskan, Amerika juga dilihat sebuah negara ekstremis kerana menjadi penyibuk dan menjaga 'tepi kain' negara secara keterlaluan yang melampaui batasan diplomatik serta demokrasi sedia ada.
"Anwar dan Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) bukan rakyat Amerika, jadi mereka tidak payah hendak menyibuk hal negara kita. Ini soal Anwar dan bekas pembantu dia dahulu dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau rakyat Amerika.
"Pentadbiran Rumah Putih juga dangkal sistem demokrasi dan kehakiman kita. Negara Uncle Sam berlagak pandai seolah-olah mereka arif sangat apa yang sedang berlaku.
"Amerika sendiri banyak isu hak asasi dan perundangan sendiri yang perlu diperbaiki dahulu," katanya semasa menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Anwar Ibrahim dan Saiful bukan rakyat Amerika. US jgn menyibuk. Perbetul dulu cara Polis mereka layan rakyat keturunan African dan Latino.

— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khairul Azwan mengulas petisyen yang dibuat pada Selasa bagi mendesak pentadbiran Barack Obama mempercepatkan pembebasan Anwar dari penjara sebagai polisi utama AS ke atas Malaysia
Bagaimanapun pada Khamis, sebuah petisyen dibuat bagi membantah pentadbiran Obama pula.
Petisyen tersebut menyebut kekesalan rakyat Malaysia yang berang dengan kenyataan Rumah Putih yang menyatakan kekesalan warga Amerika dengan keputusan Mahkamah Tinggi Malaysia menjatuhkan hukuman lima tahun ke atas Anwar atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak lama dulu.
Dalam pada itu, kata Khairul Azwan, Amerika harus sedar mereka bukan polis atau mahkamah antarabangsa untuk menentukan keputusan perundangan di mana-mana negara di dalam dunia.
"Tidak perlu sibuk hal org lain. Amerika perlu jaga masalah sendiri. Mereka punya banyak masalah dalam negara sendiri.
"Pergi selesaikan dahulu pelbagai masalah termasuk isu hak asasi manusia dan keadilan antara kaum di Amerika juga masih banyak di negara mereka," ujarnya.
#Amerika #Anwar Ibrahim #Khairul Azwan Harun #Pemuda UMNO #petisyen #White House
;