Ambulans swasta terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan, jururawat cedera
Abd Razak Mohd Ali
Ogos 1, 2021 05:49 MYT
Ogos 1, 2021 05:49 MYT
IPOH: Seorang jururawat cedera apabila sebuah ambulans swasta terbabas ke bahu jalan selepas menghantar pesakit, di Kilometer 285 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, dekat sini, semalam.
Dalam kemalangan itu, mangsa telah tersepit manakala pemandu ambulans berjaya menyelamatkan diri.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 5.41 petang.
“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tindakan selanjutnya.
#Ipoh
#bomba
#Ambulans
#kemalangan
#JBPM
#cedera
#jururawat
#mangsa tersepit
#Lebuhraya Utara-Selatan