Ambo rindu Sultan ambo - Luah rakyat Kelantan

Astro Awani
Mac 1, 2019 15:44 MYT
Rakyat Kelantan mula merindui kelibat Sultan Muhammad V - gambar file/Bernama
Imam Pertama, Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Sabri Abdullah, meluahkan rasa rindunya untuk mengimamkan solat Jumaat yang turut dihadiri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Masjid Al-Sultan Ismail Petra katanya, sering menjadi masjid pilihan Sultan Muhammad V kerana kedudukannya yang dekat dengan istana.
Kali terakhir Sultan Kelantan itu bersembahyang Jumaat di masjid berkenaan adalah pada awal Januari, iaitu dua hari sebelum Baginda membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Baginda juga sering menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu dibeberapa masjid di sekitar Kota Bharu dan akan meluangkan masa untuk beramah-mesra dengan rakyat jelata yang hadir.
Sebagai Sultan berjiwa rakyat, kelibat Baginda juga sudah lama dirindui rakyat Kelantan yang menanti keberangkatan pulang Baginda.
#ambo rindu sultan ambo #Kelantan #Kota Bharu #Luahan rakyat Kelantan #rakyat kelantan #Rakyat rindukan Sultan #Sultan berjiwa rakyat #Sultan Kelantan #Sultan Muhammad V #Yang di-Pertuan Agong
;