Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan agar tidak hanya melihat kepada peratusan penggangguran, tetapi menumpukan kepada siapa yang masih belum mendapat pekerjaan.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan, melahirkan kebimbangan itu berikutan separuh daripada 400,000 orang yang menganggur adalah siswazah lepasan diploma dan ijazah.
"Jangan hanya lihat peratusan menganggur tapi cuba ambil tahu siapa yang direkodkan paling ramai mengganggur. Kira-kira 200,000 mereka yang menganggur adalah pemegang ijazah dan diploma.
"Ini amat membimbangkan kerana pada masa ini sektor swasta ketika ini tidak mengambil pekerja-pekerja baru dan kerajaan membekukan pekerja di sektor awam," katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Ujarnya, langkah sektor swasta yang meningkatkan umur persaraan menyebabkan kebanyakan syarikat tidak mengambil pekerja-pekerja baru.
"Kalau kita lihat sektor swasta telah meningkat umur bersara kepada 60 tahun dan graduan biasanya mengisi jawatan mereka yang sudah bersara.
''Namun, pada masa ini mereka akan bersara pada 2018, jadi graduan ini perlu menunggu tahun berkenaan untuk mula mengisi kekosongan," ujar beliau.
Selain itu, keadaan ekonomi negara ketika ini juga menyumbang kepada masalah pengganguran di kalangan siswazah.
"Kita tahu ekonomi kita pada masa ini tidak begitu menentu, bukan sahaja negara kita, tetapi juga negara-negara luar dan ini menyebabkan banyak sektor swasta melakukan pembuangan kerja serta membekukan pengambilan pekerja baru," tambahnya.
Justeru MEF mencadangkan agar kerajaan memberi insentif kepada majikan yang mengambil graduan yang menganggur dalam jangka masa yang lama.
"Kalau seorang majikan mengambil bekerja graduan baru yang telah habis belajar dua tahun lepas dan sekarang ini barulah mendapat kerja yang baru, jadi majikan itu harus diberikan insentif cukai. Itu akan memberangsangkan majikan untuk mengambil pekerja baru kalangan siswazah," kata Shamsuddin.
Bagaimanapun beliau menggesa semua siswazah agar lebih bersedia dan tidak terlalu memilih pekerjaan terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem pada Selasa berkata, kadar pengangguran di negara ini belum dikategorikan sebagai membimbangkan memandangkan peratusannya masih rendah berbanding beberapa negara lain.
Kadar pengangguran ketika ini berada pada tahap 3.1 peratus atau 400,000 penganggur daripada 14.2 juta rakyat yang mempunyai pekerjaan tetap.
Rahimah Abdullah
Wed Oct 07 2015
![Ambil tahu siapa menganggur, jangan hanya lihat peratusan - MEF Ambil tahu siapa menganggur, jangan hanya lihat peratusan - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439351215_foreignworkers.jpg)
MEF: Langkah sektor swasta yang meningkatkan umur persaraan menyebabkan kebanyakan syarikat tidak mengambil pekerja-pekerja baru. - Gambar Fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025 MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735571022_SheikhFarouk.jpg)
MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.
![Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720426569_SyedHussain.jpg)
Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.
![MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705553230_TByuranFOMEMAMEF.jpg)
MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap
MEF berkata syarikat-syarikat hanya mengetahui tentang kenaikan yuran dan kekerapan pemeriksaan apabila melawat laman web Fomema.
![MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687305736_SyedHussainMEF.jpg)
MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.
![Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639532752_syedhussainsyedhu.jpg)
Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.
![Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670713152_SyedHussainSyedHu.jpg)
Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF
Syed Hussain berkata, hal ini dapat menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dan meningkatkan keyakinan pelabur.
![MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670713152_SyedHussainSyedHu.jpg)
MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.
![Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670713152_SyedHussainSyedHu.jpg)
Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
![Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676416166_Tidakperlupengelua.jpg)
Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.
![MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670713152_SyedHussainSyedHu.jpg)
MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP
Syed Hussain menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada mereka yang kembali bekerja di negara ini melalui program itu.